Monday, August 31, 2009

Hadiah Istimewa Merdeka ke-52

Saya berasa amat terkejut petang ini apabila membuka BHarian Online.. Berita muktahir disiarkan ialah "Hadiah Istimewa Daripada Kerajaan BN" sempena hari kemerdekaan negara yg ke-52.. Harga petrol RON97 dinaikkan ke RM2.05 manakala RON95 dinaikkan ke RM1.80.. Kenaikan harga petrol ini seolah-olah mengkhianati slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".. Ini kerana kerajaan tidak memikirkan perbelanjaan rakyat bawahan untuk pulang berhari raya di kampung halaman tidak lama lagi..

Dengan kenaikan harga petrol ini, kos perbelanjaan semakin tinggi selepas kenaikan harga barang (bawang....) dan kenaikan kadar tol lebuhraya..

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL..!!

"RAKYAT DIDUNGUKAN, DUIT RAKYAT DIUTAMAKAN"

Sunday, August 30, 2009

Untuk maklumat semua pengunjung Blog saya ini, saya telah membuka satu perniagaan menjual selipar/kasut berjenama CROCS.. Produk ini dijamin 100% original seperti yang terdapat di Butik-Butik CROCS.. Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, pengunjung blog ini bolehlah ke link dibawah:

http://mycrocs-business.blogspot.com

Tuesday, August 25, 2009

Pakatan Rakyat 6, Barisan Nasional 1.. Tahniah PR..!!



Setelah Pakatan Rakyat menang di Parlimen Permatang Pauh, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, DUN Bukit Selembau, DUN Manek Urai dan terbaru, calon Parti Keadilan Rakyat(PKR),Haji Mohd Salleh Man berjaya mengekalkan DUN Pematang Pasir dengan majoriti 4,551 undi mengalahkan calon dari BN, Rohaizat Othman..

Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman..

Ini adalah kemenangan ke-6 Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil selepas PRU 12.. (tidak termasuk DUN Penanti kerana BN tidak bertanding).. BN hanya menang di DUN Batang Ai sahaja setakat ini..

Friday, August 21, 2009

Fadhilat Solat Tarawikh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.


Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan bertemu juga kita Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Di keberkatan Ramadhan ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan rakan-rakan seperjuangan marilah kita sama-sama meningkatkan ibadah kita kepada Allah S.W.T dengan memperbanyakkan zikrullah, solat sunat tarawikh dan sebagainya..

Sekali lagi saya ingin memngucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

"Ahlan wasalan Ya Ramadhan"

Saturday, August 1, 2009

Wednesday, July 29, 2009

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Pelan laluan:



source: http://www.facebook.com/note.php?note_id=107850239141&id=700111455&ref=mf

Himpunan Mansuhkan ISA..!




Marilah kita ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.. (Pusat Membeli-Belah SOGO, Masjid Negara, Masjid Jamek).. Pastikan anda semua memakai pakaian hitam atau merah.. Pakaian putih diharamkan dipakai sama sekali..

MARILAH KITA HAPUSKAN ISA..! SEBUAH AKTA KOMUNIS..!

link:
http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/
http://www.facebook.com/profile.php?id=1183585047&ref=nf

Tuesday, July 21, 2009

Kawan Sudah Ketandusan Duit


Hahahaha.. Kesian kat kawan aku sorang ni.. Sudah ketandusan duit nak makan.. Terpaksa la 'order' nasi putih, sup kosong, telur mata, kicap dan ikan masin..

Kalau tak dia selalu akan 'order' nasi putih, sup daging @ sup tulang @ tomyam seafood, telur dadar @ telur mata.. Air kasi la friut juice (orange ke.. carrot ke..) Kali ni rasa macam pelik pulak.. Siasat punya siasat rupa-rupanya ketandusan wang..

Biasanya kawan aku ni skali makan mesti x lari RM 7 - 8.. Huhu.. (aku boleh makan 2x).. Tapi hari tu dia betul-betul jimat la.. Kira punya kira baru RM 2.50 macam tuh.. Wow..! Jimat juga kan.. Campur dengan air nescafe panas kesemuanya RM 4.. Betapa gembiranya dia dapat menjimatkan wangnya..

So mulai hari ini marilah kita sama-sama makan menu tersebut.. Sedap.. Hingga menjilat jari kaki (walaupun x makan menggunakan jari kaki)

Saturday, July 18, 2009

Sokonglah Rajagopal


Team Rajagopal 2, Man Utd 3..

Agak hebat juga Team Rajagopal ni main..
Huhuhu..

Saya dari awal lagi telah memilih untuk menyokong Team Rajagopal ni walaupun peminat setia Man Utd.. Saya yakin dengan K.Rajagopal untuk membawa pasukannya menentang Man Utd.. Syabas dan tahniah Team Rajagopal..

Tuesday, July 14, 2009

Pakatan Rakyat 5, Barisan Nasional 1





Setelah Pakatan Rakyat menang di Parlimen Permatang Pauh, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, DUN Bukit Selembau dan terbaru, calon PAS, Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah berjaya mengekalkan DUN Manek Urai dengan majoriti yang sangat tipis iaitu 65 undi mengalahkan calon dari BN, Tuan Aziz Tuan Mat..

Ini adalah kemenangan ke-5 Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil selepas PRU 12.. (tidak termasuk DUN Penanti kerana BN tidak bertanding).. BN hanya menang di DUN Batang Ai sahaja setakat ini..

Friday, July 10, 2009

Susulan Forum Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Industri Selangor (UNiSEL) menganjurkan "Forum Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus" pada 9 Julai 2009.. Apabila saya tiba sahaja di perkarangan tempat meletak kereta Dewan Utama UNiSEL, saya berasa agak terkejut dengan deretan kereta disitu.. Saya tiba agak lewat sedikit.. Dalam kurang lebih jam 8.15malam..

Tiba di pintu masuk dewan, saya di sambut dengan mesra oleh petugas-petugas majlis ini.. Saya yakin majlis belum dimulakan lagi kerana tidak kedengaran orang berucap.. Saya masuk ke dalam dewan dan agak terkejut kerana dewan hampir setengah di penuhi..

Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis disusuli pula dengan ucapan ahli forum yang pertama iaitu Saudara Mustaffa Kamil Ayub - aktivis mahasiswa sewaktu ketika dahulu.. Seterusnya oleh YB Mohd Yusmadi Mohd Yussof - Ahli Parlimen Balik Pulau dan YB Shamsul Iskandar Mohd Akil - mantan MPP UIAM dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.. Namun, YB Shamsul hanya dapat berucap hanya seketika kerana ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri tercinta Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail..

Majlis dimulakan ucapan Timb. Naib Cancelor UNiSEL, Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Kidam dan seterusnya pidato oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Antara tetamu yang hadir termasuk YB Azmin Ali - Ahli Parlimen Gombak,YB Nik Nazmi Nik Ahmad - Setiausaha Menteri Besar Selangor, YB Dr. Xavier - Exco Selangor dan ramai lagi..

Tahniah diucapkan kepada MPP UNiSEL kerana berjaya menganjurkan program ini.. Tahniah juga kerana berjaya menarik ramai hadirin.. Biasanya program ilmiah di UNiSEL susah sangat nak dapat orang datang penuh satu dewan.. Kalau program hiburan memang ramai.. Tahniah skali lagi kepada MPP UNiSEL yang di terajui oleh Saudara Wan Azraei (Zoey)..

p/s: gambar akan di upload kemudian..

Tuesday, July 7, 2009

Forum Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus




Tarikh: 9 Julai 2009
Masa: 8.00PM
Anjuran: Anwar Ibrahim Club(AIC) & MPP UNISEL
Antara Ahli panel yang akan hadir adalah :
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)- Ahli Parlimen Pematang Pauh
2) Yusmadi Yussof - Ahli Parlimen Balik Pulau
3) Shamsul Iskandar - AMK Parti Keadilan Rakyat(PKR)
4) Mustafa Kamil Ayub - PKR Sarawak


ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR..!!

sumber: http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/forum-memperkasakan-mahasiswa-realiti-politik-kampus/

Tuesday, June 30, 2009

Tuan Aziz Tuan Mat calon BN di Manek Urai

Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat di pilihi untuk mewakili Barisan Nasional (BN)menentang calon PAS, Fauzi Abdullah pada Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Saturday, June 27, 2009

Fauzi calon PAS di N41 DUN Manek Urai

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah 50 dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini. Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama. Calon BN akan di umumkan kelak.

Tuesday, June 2, 2009

Babi oh Babi.. Kenapalah Kau Haram..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya

Monday, June 1, 2009

PKR kekal kerusi DUN Penanti

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman berjaya mengekalkan kerusi DUN Penanti dengan majoriti sebanyak 5 558. Beliau mendapat 6 052 undi sekaligus menewaskan 3 lagi calon dari Bebas iaitu Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 56 undi. Kesemua calon dari Bebas hilang wang deposit RM 5 000.

DUN Penanti mempunyai sebanyak 15,384 pengundi yang berdaftar termasuk 24 undi pos. Dari jumlah itu, hanya 7 100 pengundi atau 46.15% sahaja yang menjalankan kewajipan mereka. Peratusan yang dicatatkan ini adalah yang terendah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, calon PKR, Mohammad Fairus berjaya menewaskan calon dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti sebanyak 2 219 undi. Mohammad Fairus mendapat 7 346 undi manakala Datuk Abdul Jalil memperolehi 5 127 undi.

p/s: lepas ni pilihanraya DUN Menik Urai pulak

Sunday, May 31, 2009

Pengalaman Paling "Gembira" Di UNiSEL

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah selesai sudah urusan pendaftaran semula di UNiSEL.. Tika ini aku baru sahaja selesai mendaftar dan mengambil asrama.. Alhamdulillah segala penat dan lelah aku akhirnya selesai juga..

Berangkat dari rumah seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan ketika mendaftar di Dewan Utama.. Sampai di UNiSEL lebih kurang 9.30 pagi.. Kereta di kiri dan kanan jalan.. Penuh sesak.. Aku dan sahabatku terpaksa parking di FITM.. Aku dan sahabatku mengambil no giliran di hadapan Dewan Utama.. No nya ialah 1098.. Aku menunggu lama di perkarangan Dewan Utama untuk sampai di no giliranku.. Menunggu dengan penuh sabar.. (x mkn lg dari pagi).. Akhirnya lebih kurang 5.30 petang tiba la giliran ku yang di nantikan.. Selama lebih kurang 8 jam menunggu hanya untuk mendaftar.. Hanya menunggu giliran untuk masuk ke dalam dewan.. Belum lagi urusan mendaftar.. Urusan mendaftar pula aku mengambil masa kira-kira 1 jam.. Selesai di dewan aku bergerak pula ke Pusat Komuniti Pelajar(PKP) untuk mendaftar asrama pula.. Suasana hampir sama di Dewan Utama.. Penuh dan sesak.. Pukul 6.30 petang.. Masih sesak..

Selesai mengisi segala borang aku mencari kerusi untuk berehat sambil menunggu kesesakan reda.. Sekitar 8.30 malam kesesakan mula reda.. Aku bersama-sama sahabatku mula bergerak ke kaunter untuk mendapatkan asrama.. Perancangan setelah mendapat asrama ialah membersihkan diri dan tidur kerana seharian untuk menyelesaikan urusan pendaftaran untuk semester ini.. Tidak semua yang di rancang menjadi.. Itulah realiti dalam kehidupan kita..

Apa yang terjadi semasa aku dan sahabatku di kaunter untuk mengambil asrama ialah kami di herdik oleh kakitangan Jana Niaga.. Alasannya kami memilih rumah.. Bagi aku itu bukan tiket untuk seorang kakitangan itu mengherdik kami.. Dengan menengking kami.. Kakitangan memaksa kami untuk mengambil rumah yang berkapasiti 4 orang tetapi ketika itu aku dan sahabatku 6 orang.. Dimana hendak di "campak" lagi 2 orang.. Rumah lain..? Bersama-sama rakan baru yang lain..? Boleh percaya ke mereka semua..? Barang hilang siapa hendak di pertanggungjawabkan.. Kami berkeras juga mahukan rumah yang boleh mengisi 6 orang.. Ketika inilah kakitangan ini menengkin kami semua.. Hanya memikir penat dan letih sendiri.. Tidak memikir penat dan letih aku dan rakan-rakan.. Aku hanya mampu berkata "x pe la kak.. saya cakap baik-baik akak tengking-tengking kami".. Setelah itu aku pun berlalu di ikuti semua sahabatku.. Merempat la aku malam ni.. Dimanakah kami hendak membersihkan diri dan tidur.. Hendak pulang ke rumah semua sudah letih untuk memandu.. Akhirnya kami merempat di dalam kereta di tepi jalan.. Tempatnya ialah bulatan di hadapan pintu utama UNiSEL.. Malang sungguh nasib aku dan sahabatku..

Pagi ini aku dan sahabatku datang semula di PKP.. Seawal 8.30 pagi kami datang.. Terus sahaja masuk di dalam dewan PKP.. Tiada pelajar.. Yang ada hanya kakitangan Jana Niaga.. Aku dan sahabatku di sambut oleh seorang kakitangan Jana Niaga dan menyatakan "tak bukak lagi la dik".. Aku pun menbalas dengan nada yang keras sedikit.. "kami dari pagi semalam menunggu tau".. Kakitangan itu membalas "bagi la kami makan dulu.. kami tak makan lagi".. Aku juga seorang insan.. Punyai akal dan fikiran yang waras.. Menggunakan budi bicara.. Kalau tidak makan bagaimana pula hendak menjalankan tugas.. Aku pun memberi peluang untuk kakitangan itu untuk makan dahulu sementara aku dan sahabatku menunggu mereka habis makan..

Selesai habis makan lain pula cerita nya.. Mereka menyuruh pula aku dan sahabatku menunggu kakitangan yang menengking kami.. Agak lama menunggu tidak muncul-muncul.. Terus sahaja aku dan sahabatku di panggil untuk di berikan rumah.. Ketika kami sedang menulis nama masing-masing untuk di berikan rumah aku terlihat kakitangan yang menengking kami masuk dari pintu tidak jauh dari tempat kami.. Sedikit pun tidak memandang kami apatah lagi menegur kami.. Begitu sombong dan angkuhnya kakitangan itu.. Aku hanya membiarkan sahaja.. Selesai mendaftar kami di suruh oleh kakitangan yang mendaftarkan kami untuk meminta maaf dengan kakitangan yang menengking kami itu.. Semua sahabatku sepeti aku.. Tidak mahu.. Dengan sikapnya begitu memang tidak kami berjumpa dengannya untuk meminta maaf walaupun dia lebih tua daripada kami.. Prinsip ku siapa salah tetap salah.. Tidak kira tua atau muda.. Tidak semestinya yang muda mesti hormat yang tua jika orang yang tua tidak tahu hormat yang muda.. Tidak semestinya orang yang lebih tua itu betul sahaja.. Orang yang muda sahaja yang bersalah.. Adilkah begitu..? Bagi aku itu tidak adil.. Aku dan sahabatku tetap dengan pendirian tidak mahu berjumpa untuk meminta maaf..

Maka selesai sudah pendaftaran kami bagi semester 3/2008/2009.. Pendaftaran yang aku lebelkan sebagai paling beretika dan sistematik.. Bermula di Dewan Utama yang mengambil masa lebih kurang 8jam.. Pendaftaran asrama yang ditengking dengan alasan yang tidak sepatutnya dan terpaksa merempat untuk menunggu esok.. Pengurusan yang semakin hari semakin menjadi-jadi teruknya.. Banyak perubahan yang di buat.. Tetapi pengurusan masih lagi di takuk lama.. Malah lebih teruk dari yang lama..

Tuesday, May 19, 2009

Bertemu lagi kita pada kesempatan aku ini untuk mengemaskini blogku ini.. Cuti semester yang teleh ku lalui ini agak sibuk.. Bukan sibuk dengan aktiviti-aktiviti ataupun bekerja sambilan, tetapi sibuk mengemas rumah yang agak bersepah dan mengecat bahagian rumah yang perlu di cat supaya nampak lebih menarik.. Maklum je la.. Nak terima orang baru dalam rumah aku ni.. Ketika ini aku baru sahaja meletakkan roller cat untuk di basuh.. Ini bukan bermakna selesai sudah kerja-kerja mengecat rumah, tetapi ini adalah untuk hari ini..

Aktiviti lain yang aku jalankan sewaktu cuti ini ialah makan, mandi, tengok tv, tidur, pergi toilet.. Hahahahah.. Itu lah aktiviti yang membuatkan aku sibuk di waktu cuti ni.. Emak bising ku pekak telinga.. Hidup di waktu cuti ini ibarat seekor kelawar yang siangnya tidur tetapi malam berjaga.. Berjaga mengecat rumah.. Tengok tv.. Keluar membeli makanan di waktu malam.. Aktiviti dijalankan untuk menunggu masuknya waktu subuh untuk berasmara dengan bantal dan katil ku sehingga azan zohor berkumandang..

Cuti ini, aku:
i. Pokai.. Duit x ade.. (Makan mau.. Isi minyak mau.. Jalan2 mau..)
Alternatif: Mintak la duit kat mak ayah... Hahahaha...

ii. Bosan x de aktiviti mau di buat.. (Duit x de mmg x buat ape2 la aku)
Alternatif: Makan, B****, K******, Tidur, Mandi, Tengok TV<--da la kene tgk kartoon..

p/s: da tau nk cuti tuh plan la aktiviti yang mendatangkan kebaikan/keuntung kepada kita.. (cuti sem ni ke aku bosan)

Monday, May 4, 2009

Peperiksaan

Alhamdulillah sepanjang peperiksaan berlangsung tiada apa-apa halangan dan dugaan yang datang kepada saya.. Tidak tidur malam kerana mentelaah pelajaran adalah perkara biasa bagi saya.. Alhamdulillah saya dapat menjawab kesemua subjek dengan tenang.. Ketika saya menulis ini, saya masih lagi berbaki 1 lagi subjek.. Insya-Allah akan pulang ke kampung halaman dalam 3-4 hari lagi selepas saya selesai mengemas semua barang saya dan membuat "clearance" di hostel..

Insya-Allah semasa cuti semester saya akan selalu untuk mengemaskini blog saya ini.. Insya-Allah..

Wednesday, April 22, 2009

Kuala Lumpur International Book Fair 2009 (KLIBF 2009)

Dalam kesibukan saya mengulangkaji pelajaran ini, sempat juga saya mencuri masa untuk berkunjung ke Kuala Lumpur International Book Fair 2009 (KLIBF 2009) atau dalam bahasa ibunda saya Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.. Pameran buku ini dijalankan 2 minggu..(17 - 26 April 2009).. Berjalan-jalan dari sebuah gerai ke sebuah gerai.. Dari tingkat bawah keatas.. Singgah di beberapa buah gerai yang ada di pameran tersebut..
Ada yang menawarkan bermacam-macam bahan-bahan pembelajaran terutamanya Bahasa Inggeris.. Siap ada pembayaran secara ansuran.. Tetapi memandangkan poket tak seberapa nak penuh jadi saya pun berfikir berkali-kali.. Tujuan saya ke pameran ini hanya sekadar menjenguk sambutan daripada warga kota.. Mungkin hari yang saya pergi ini ialah hari bekerja, jadi sambutan agak kurang menggalakkan.. Cuma ada rombongan daripada sekolah-sekolah yang cikgunya prihatin untuk memupuk semangat anak didiknya ke pameran yang ilmiah ini..
Kerana tidak terlalu ramai pengunjung, maka kerja untuk saya mencari buku-buku yang dapat menarik minat saya menjadi lebih mudah.. Sesampai saya di pameran itu, saya berlegar-legar di tingkat bawah.. Mencari-cari apa yang menarik.. Maka singgah la saya di gerai Alaf21.. Membelek-belek buku-buku.. Antaranya karya Shahnon Ahmad dan Prof Dr. Sidek Baba.. Dalam banyak buku yang dibelek, saya hanya tertarik dengan karya Prof Dr. Sidek Baba.. Bukan tidak berminat dengan karya penulis lain, tetapi saya perlu memilih tajuk-tajuk buku yang menarik minat saya.. Saya memilih untuk membeli buku Melayu Perkasa dan Acuan Minda.. Dengan kewangan yang tidak mengizinkan, maka saya mengorbankan salah satu dari buku itu.. Puas saya memikir buku apa yang patut saya beli.. Akhirnya saya memilih untuk membeli buku Acuan Minda..
Selesai membeli saya teruskan ke gerai selanjutnya.. Semua gerai saya pergi.. Agak banyak juga la kertas-kertas yang ada di tangan.. Sebelum pulang sempat juga saya membeli sebuah lagi buku.. Tajuknya Riwayat Bidadari Syurga karya Munif Ahmad(Hijjaz)..
Dapat juga buku yang dibeli daripada pameran buku ini untuk dibaca dan dapat juga mengasah minda di waktu cuti semester kelak..

Salam Mesra

Assalammualaikum dan salam mesra kepada semua pengunjun blog saya ini.. Kunjungan ke blog saya yang tidak seberapa ini saya ucapkan jutaan terima kasih.. Insya-Allah saya akan mengisi blog ini dengan bahan-bahan yang menarik untuk di kongsi bersama-sama..
-Sekian-